Ahli perniagaan didakwa terhadap lapan tuduhan penstrukturan transaksi, pengubahan wang haram - Utusan Malaysia

Ahli perniagaan didakwa terhadap lapan tuduhan penstrukturan transaksi, pengubahan wang haram

MAZNI Abu Bakar hadir Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap lapan pertuduhan terlibat dalam aktiviti penstrukturan transaksi dan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM472,000, tiga tahun lalu.

Mazni Abu Bakar, 59, didakwa terhadap empat pertuduhan dengan niat mengarahkan seorang individu untuk menstrukturkan empat transaksi berjumlah RM238,575.35.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad cawangan Taman Melawati di sini antara 16 Januari dan 21 Mei 2018.

Ahli perniagaan itu turut didakwa memindah, mengguna dan melupuskan wang berjumlah RM233,352.95 yang merupakan hasil aktiviti wang haram antaranya pembelian sebuah kereta Toyota Alphard dan pembayaran cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada tempat sama antara 20 Februari dan 18 September 2018.

Hakim Datin Sabariah Othman membenarkan tertuduh diikat jamin RM80,000 bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah selain perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu pertama setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 30 Julai ini untuk sebutan kes. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya