Agihan dos di Selangor ditambah 25 peratus - Khairy Jamaluddin

Agihan dos di Selangor ditambah 25 peratus 

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah agihan dos vaksin Covid-19 di Selangor akan ditingkatkan kepada 25 peratus sejajar dengan pembukaan lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bertaraf mega di negeri itu yang amat tinggi jumlah penduduknya.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, ia juga sejajar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam yang berharap agar Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) mempercepat dan menambah bilangan dos vaksin untuk rakyat negeri Selangor

“Ketika ini, 17 peratus daripada keseluruhan dos vaksin dihantar ke Selangor, namun ekoran situasi kes Covid-19 tinggi di negeri itu, jumlahnya akan ditingkatkan kepada 25 peratus,” katanya dalam sidang akhbar mingguan PICK bersama-sama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba di sini hari ini.

Khairy berkata, beliau optimis dapat mencapai sasaran 300,000 dos sehari menjelang Ogos depan dengan mengambil kira perkembangan terkini proses vaksinasi di seluruh negara yang semakin lancar selain pemerolehan bekalan baharu vaksin.

“Sukacita saya ingin memaklumkan di sini bahawa semalam kadar vaksinasi negara telah mencatatkan satu lagi peningkatan baharu iaitu sebanyak 151,309 dos sehari,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin menjangkakan sebanyak 150,000 dos setiap hari boleh dicapai secara konsisten dan berharap pada bulan depan, negara mampu menepati perancangan sasaran sebanyak 200,000 dos sehari.

Langkah itu jelasnya, tidak mustahil dengan operasi PPV di seluruh negara beroperasi setiap hari termasuk cuti umum serta pertambahan premis PPV baharu. 

Syarikat Pfizer-BioNTech ujarnya, turut memberi jaminan penghantaran 444,600 dos dalam masa tiga hari bermula hari ini menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 3,641,040 dos.

Pada masa sama, vaksin keluaran firma Sinovac dari China yang mendapat kelulusan pelepasan Agensi Regulatori Farmaseutikal Nasional (NPRA) ialah 1,968,609 dos.

Mengulas lanjut, Khairy melaporkan sehingga semalam, pendaftaran fasa kedua PICK terus meningkat kepada 4,129,168 orang dengan 2,256,257 orang daripadanya ialah warga emas.

Fasa berkenaan bermula April lalu sehingga Ogos ini menyasarkan khusus individu berusia 60 tahun ke atas, orang kurang upaya (OKU) dan mereka yang ada penyakit komorbiditi serius.

Secara keseluruhannya ujar beliau, sehingga pagi tadi, bilangan berdaftar ialah 12,774,132 orang atau 54.6 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.

“Saya ingin menyatakan bahawa setakat hari ini sejumlah 3,790,121 dos sudah diberi sama ada dos pertama atau lengkap dua dos dan akan bertambah dalam masa terdekat,” katanya.

Khairy menjangkakan sebanyak 150,000 dos setiap hari boleh dicapai secara konsisten dan berharap pada bulan depan, negara mampu menepati perancangan sasaran sebanyak 200,000 dos sehari.

Langkah itu jelasnya, tidak mustahil dengan operasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara beroperasi setiap hari termasuk cuti umum serta pertambahan premis PPV baharu.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) ujarnya, turut akan melaksanakan Fasa Keempat PICK melibatkan sektor kritikal seperti perkilangan, perladangan dan pembinaan.

Projek perintis itu jelasnya, bakal dijalankan di kompleks perindustrian petrokimia terbesar negara di Pengerang, Johor pada 16 Jun depan sebelum diperluaskan ke tempat lain pula.

“Trak khas PPV Bergerak dirintis di Kuala Lumpur dan tapak binaan MRT dengan kapasiti 1,000 penerima setiap lokasi juga akan dikembang ke seluruh negara selepas ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya