Affin Bank jayakan Pelan Metamorfosis - Utusan Malaysia

Affin Bank jayakan Pelan Metamorfosis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Affin Bank Berhad berjaya  melaksanakan Pelan Metamorfosis kumpulan walaupun dalam keadaan negara berdepan krisis pandemik Covid-19 sejak tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata, situasi semasa yang tidak menentu ekoran penularan wabak dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menghalang kumpulan terus mengorak langkah dalam rancangan yang telah ditetapkan.

Ujarnya, antara bukti kejayaan adalah kumpulan memperkenalkan segmen baharu untuk pelanggan makmur iaitu AFFIN AVANCE, dan untuk pelanggan mewah dengan AFFIN INVIKTA.

“Kami juga memperkenalkan penyelesaian perbankan internet korporat yang baharu, aplikasi mudah alih SME Colony dan melancarkan perbankan internet runcit yang telah dinaik taraf serta melancarkan e-majalah gaya hidup baharu iaitu Ascend untuk para pelanggan.

“Dalam tempoh ini juga kami telah membuka cawangan berkonsepkan gaya hidup unik yang pertama di Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam dan meneruskan Program Bantuan Kewangan dan Pelepasan Bayaran Ansuran AFFIN (FAIR) untuk para pelanggan yang terjejas akibat pandemik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang disiarkan selepas Mesyuarat Agung Tahunan Affin Bank ke-45 yang dijalankan secara maya, semalam.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Pengerusi Affin Bank, Datuk Agil Natt.

Tambah Wan Razly Abdullah, pencapaian tersebut tidak mungkin berlaku tanpa sokongan dan kepercayaan para pelanggan yang dihargai dan kekuatan anggota pasukan yang sentiasa berdaya tahan dalam keadaan yang mencabar ini. 

“Affin Bank tetap komited dalam menyokong kesejahteraan kewangan dan kelangsungan perniagaan pelanggan kami yang dihargai,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya