ADUN Kuala Perlis ambil, hantar penduduk ke pusat vaksin - Utusan Malaysia

ADUN Kuala Perlis ambil, hantar penduduk ke pusat vaksin

NOR Azam Karap membantu mengangkat seorang warga emas dari keretanya selepas membantu mengambil dan menghantar penduduk dari Kuala Perlis yang memerlukan ke pusat vaksin di Dewan 2020, Kangar, Perlis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Menyedari ada dalam kalangan penduduk yang sukar dan mempunyai kekangan ke pusat vaksin, mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Nor Azam Karap mengambil inisiatif sendiri menghantar mereka ke pusat vaksin sekitar negeri ini.

Inisiatif bersama kakitangan serta sukarelawan Pusat Khidmat ADUN Kuala Perlis itu dilaksanakan sejak minggu lalu yang bertujuan memudahkan penduduk ke pusat vaksin.

Pada masa sama, Nor Azam juga menzahirkan rasa gembira melihat tahap kesedaran dalam kalangan penduduk Kuala Perlis untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

“Sejak minggu lalu kami mengambil dan menghantar penduduk khususnya dalam kalangan mereka yang memerlukan ke pusat-pusat vaksin sekitar negeri ini. Mereka yang terlibat itu akan dijemput dari rumah atau menunggu di kampung masing-masing.

“Inisiatif tersebut akan diteruskan sehingga mencapai imuniti berkelompok sebanyak 80 peratus. Alhamdulilah, boleh dikatakan semua penduduk bersemangat untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 ini,” katanya di sini hari ini.

Tambah wakil rakyat dari PKR itu, hari ini sahaja, sebanyak lapan orang penerima vaksin dari Kampung Seberang Tok Pi dan Kampung Pulau Ketam di sini dibawa ke pusat vaksin di Kangar.

Sementara itu, Nor Azam memberitahu, pihaknya juga mengambil inisiatif membantu penduduk mendaftar bagi menerima suntikan vaksin.

“Ada dalam kalangan penduduk ini tidak tahu bagaimana untuk mendaftar dan tidak mempunyai MySejahtera. Mereka hanya menghantar pesanan kepada saya iaitu nama, nombor kad pengenalan dan jenis penyakit. Kita akan bantu mereka mendaftar untuk penerimaan vaksin ini.

“Alhamdulillah, setakat ini sudah lebih 1,000 orang menghantar maklumat untuk kita bantu mendaftar menerima vaksin tersebut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya