8,011 Orang Asli di NS terima vaksin - Utusan Malaysia

8,011 Orang Asli di NS terima vaksin

PENDUDUK Orang Asli, Bubot Tahad menerima suntikan vaksin sempena sempena Program Outreach Penerangan dan Pemberian Vaksin Covid-19 di Kampung Orang Asli Bukit Kepong, Port Dickson. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seramai 8,011 daripada 15,000 penduduk Orang Asli dari 69 kampung di negeri ini telah dan akan menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Negeri Sembilan dan Melaka, Shahrani Idderis berkata, jumlah berkenaan hasil program ‘outreach’ dan penerangan yang dijalankan pihaknya kepada masyarakat tersebut di negeri ini.

“Saya harap dengan program ‘outreach’ dan pendedahan, mereka (Orang Asli) yang sudah disuntik boleh bercerita kepada mereka yang belum disuntik. Ia dapat mengubah fikiran terutama di kampung Orang Asli lain agar mereka segera mendapatkan suntikan imunisasi berkenaan.

“Kebanyakan Orang Asli ini mempunyai sikap tunggu dan lihat, kemudian barulah mereka bersetuju menerima suntikan,” katanya kepada dalam sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan Program Outreach Penerangan dan Pemberian Vaksin Covid-19 di Kampung Orang Asli Bukit Kepong dekat sini hari ini.

Jelas beliau, jumlah masyarakat Orang Asli yang bersetuju menerima vaksin sebelum ini adalah agak rendah dengan antara faktornya adalah mereka takut kepada jarum dan mahu tunggu dan melihat dahulu sebelum membuat keputusan.

“Bagaimanapun selepas doktor melalui pejabat kesihatan daerah (PKD) datang dan menyampaikan maklumat, barulah mereka bersetuju untuk menerima vaksin,” katanya.

Sementara itu jelas Shahrani, buat julung kali, pihaknya mengadakan kolaborasi dengan PKD Port Dickson untuk turun padang memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada penduduk Orang Asli.

“Di Kampung Bukit Kepong ini ada perkembangan positif di mana penerima vaksin iaitu 90 orang daripada 123 orang.

“Program seperti akan berterusan dan pada 18 Jun ia akan berlangsung di Kampung Palembar Baru manakala Sunggala Baru pula pada 21 Jun.

“Seramai 40 Orang Asli di Kampung Orang Asli Pabai, Rembau juga telah mula menerima suntikan selepas pihak PKD Rembau turut mengambil inisiatif turun padang ke perkampungan berkenaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya