PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan peningkatan kes sembuh Covid-19 iaitu 7,749 kes berbanding semalam 7,325 kes sekali gus mengatasi kes positif iaitu 6,849 kes berbanding semalam, 5,671 kes.
Selangor turut mencatatkan peningkatan kes iaitu 2,558 kes berbanding semalam, 1,510 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 84 kematian manakala kes aktif menunjukkan penurunan iaitu 78,864 kes berbanding semalam, 79,848 kes.
Katanya, sebanyak 912 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 458 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Selain Selangor yang terus menjadi penyumbang terbesar kes positif harian diikuti Kuala Lumpur (884), Sarawak (699), Negeri Sembilan (685), Johor (426), Sabah (309), Kelantan (248) dan Pulau Pinang (205).
“Baki lapan negeri merekodkan kes di bawah 200 kes iaitu Labuan (176), Melaka (170), Perak (161), Kedah (161), Pahang (89), Terengganu (66) dan Putrajaya (10) manakala Perlis, hanya dua kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.