PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan peningkatan kes sembuh Covid-19 iaitu 7,325 kes sekali gus mengatasi 5,671 kes positif manakala Selangor kembali merekodkan penurunan kes apabila mencatatkan 1,510 berbanding semalam, 2,291 kes.
Sebanyak 73 kematian manakala kes aktif menunjukkan penurunan iaitu 79,848 kes berbanding semalam, 81,575 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 911 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 462 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Selain Selangor yang menjadi penyumbang tertinggi kes positif harian, Kuala Lumpur (769), Sarawak (631), Negeri Sembilan (593), Johor (524), Kedah (309), Kelantan (262) dan Sabah (233).
“Baki negeri merekodkan kes bawah 200 kes iaitu Melaka (184), Pulau Pinang (166), Perak (143), Pahang (112), Terengganu (108), Labuan (106) manakala Putrajaya (18) dan Perlis, tiga kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.