PETALING JAYA: Selepas merekodkan penurunan kepada 6,824 kes semalam, kes jangkitan Covid-19 hari ini meningkat pula kepada 7,105 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook menyatakan, Selangor berada di atas dengan 2,068 kes berbanding semalam dengan 2,111 kes.
Ini diikuti Kuala Lumpur dengan 817 kes dan Sarawak, 703 kes.
Perlis menjadi satu-satunya negeri mencatatkan sifar kes.
Pecahan lengkap jumlah kes seperti berikut:
Selangor – 2,068
Kuala Lumpur – 817
Sarawak – 703
Kelantan – 531
Johor – 431
Pulau Pinang – 400
Negeri Sembilan – 397
Perak – 387
Sabah – 318
Melaka – 249
Kedah – 236
Terengganu – 198
Pahang – 190
Labuan – 162
Putrajaya – 18
Perlis – 0