PETALING JAYA: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin memaklumkan kira-kira 70,000 guru telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.
Untuk itu pihaknya telah berbincang dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin agar jumlah itu dipertingkatkan dengan melibatkan guru terlibat.
“Memandangkan sekolah tidak dibuka sehingga akhir Julai, saya telah berbincang menteri penyelaras dengan kita usahakan dalam tempoh ini, kita akan pertingkatkan imunisasi vaksin untuk guru Kementerian Pendidikan,” katanya dalam sidang akhbar khas hari ini.