6,241 kes positif; 5,133 kes sembuh; 89 kematian - Utusan Malaysia

6,241 kes positif; 5,133 kes sembuh; 89 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 6,241 kes berbanding semalam, 7,452 kes.

Jumlah itu bagaimanapun masih mengatasi 5,133 kes sembuh manakala Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar iaitu 2,178 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 87 kematian manakala kes aktif menunjukkan peningkatan iaitu 86,628 kes berbanding semalam, 85,607 kes.

Katanya, sebanyak 890 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 444 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selain Selangor yang terus kekal dengan kes positif melebih 2,000 kes, Sarawak pula merekodkan 600 kes diikuti Johor (565), Negeri Sembilan (556), Kuala Lumpur (415), Sabah (305), Pulau Pinang (271), Kelantan (270), Melaka (225), Labuan (212), Perak (174), Terengganu (158), Pahang (155) dan Kedah (125).

“Bagaimanapun, hanya Putrajaya merekodkan kes dua angka iaitu 30 kes manakala Perlis, dua kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya