5 pemain Portugal yang teruk di Euro 2020 - Utusan Malaysia

5 pemain Portugal yang teruk di Euro 2020

PENYERANG sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo menghempas lilitan kapten apabila pasukannya terkandas pada peringkat 16 terakhir Euro 2020 selepas tewas 0-1 kepada Belgium di Stadium La Cartuja, Seville, semalam.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perjalanan juara bertahan, Portugal tersekat di peringkat 16 terakhir Euro 2020 selepas tewas 0-1 kepada Belgium dalam saingan awal pagi tadi.

Gol tunggal Thorgan Hazard sudah cukup untuk skuad Red Devils mara ke suku akhir, sekali gus menempah pertemuan dengan Itali.

Meskipun dibarisi pemain bertaraf bintang, namun Portugal tetap bergelut untuk ‘bernafas’ dalam kejohanan Eropah itu.

Skuad bimbingan Fernando Santos hanya menang sekali dalam empat pertemuan terakhir (seri satu, kalah dua).

Sama seperti tahun 2016, Portugal juga mara ke peringkat kalah mati selepas menduduki kelompok empat teratas dalam kedudukan pasukan tangga ketiga.

Sebahagian besar nama-nama besar skuad Selecao tampil jauh di bawah tahap yang diharapkan.

Berikut lima pemain Portugal yang paling mengecewakan di Euro 2020 menurut portal sportskeeda.com.

#5 – Danilo Pereira

Mungkin dia bukan nama besar dalam skuad Portugal, namun pretasi terburuknya dikesan sewaktu menentang Jerman.

Bahagian tengah skuad Die Mannschaft berupaya menewaskan Pereira, yang menyaksikan gandingan Toni Kroos dan Thomas Muller berhasil untuk membuka ruang dan memulakan serangan.

Kerana persembahannya yang tidak memuaskan, Pereira digugurkan daripada kesebelasan utama pada perlawanan berikutnya, dengan jurulatih mereka lebih gemar memilih Joao Paulinha sebagai penggantinya.

#4 – Ruben Dias

Pemain Terbaik Tahunan Liga Perdana Inggeris membuat kejutan dalam kempen kali ini.

Sangat keras sepanjang musim bersama Manchester City, Dias dijangka bersinar apabila digandingkan dengan veteran Portugal, Pepe di bahagian pertahanan.

Begitupun, dia membocorkan tujuh gol dalam empat perlawanan. Dias turut menjaringkan gol sendiri yang menjadi ‘punca’ kebangkitan Jerman dalam aksi kumpulan pada 19 Jun lalu.

Lebih parah, sewaktu menentang Belgium, Dias mudah ‘dibuli’ Romelu Lukaku sebelum mencipta gerakan gol untuk Hazard.

Dias juga berjaya melakukan percubaan namun tandukannya tepat ke arah penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois. Ia adalah salah satu peluang keemasan untuk Portugal menyamakan kedudukan.

#3 – Bernardo Silva

Ia salah satu peluang untuk Silva menyerlah di Euro 2020 selepas unggul dalam aksi domestik bersama Manchester City.

Pemain berusia 26 tahun itu, yang berupaya menjadi bintang baharu Portugal bagaimanapun berlaku sebaliknya, di mana dia gagal memberi impak dalam beberapa perlawanan.

Silva dikeluarkan dalam setiap perlawanan, dengan Santos terpaksa ‘pecah’ kepala memikirkan penggantinya.

Biarpun muncul Pemain Terbaik Pertandingan dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah, namun Silva tetap gagal menepati jangkaan.

#2 – Diogo Jota

Jota muncul pemain paling menyerlah dalam musim pertamanya bersama Liverpool selepas berpindah dari Wolves.

Dia menjaringkan beberapa gol penting, selain berjaya menambat hati Jurgen Klopp sehingga memaksa pengendali Liverpool itu mensisihkan Sadio Mane dalam beberapa perlawanan.

Di sebalik membuka akaun gol dalam saingan Euro, Jota bagaimanapun gagal memanfaatkan beberapa peluang, yang mana ia mampu menjadi penyelamat daripada tersingkir.

Jota dijangka menyerlah selepas digandingkan dengan penyerang prolifik Cristiano Ronaldo, tetapi kedua-dua mereka gagal mencipta keserasian ketika di atas padang.

#1 – Bruno Fernandes

Tonggak Manchester United ini dinilai paling teruk dalam Euro 2020. Dengan rekod 18 gol dan 12 bantuan dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu, pencapaiannya di peringkat domestik tidak berupaya dibawa ke kejohanan Eropah.

Fernandes gagal melakukan sumbangan biarpun satu gol, malah digugurkan dari kesebelasan utama dalam dua perlawanan terakhir.

Renato Sanchez, yang menggantikan tempat Fernandes, lebih menyerlah dalam pertandingan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya