363 mesin judi simulator bernilai RM5.45 juta dirampas - Utusan Malaysia

363 mesin judi simulator bernilai RM5.45 juta dirampas

SEBAHAGIAN daripada 363 mesin simulator untuk kegiatan perjudian yang bernilai RM5.45 juta dirampas dalam Op Kontraban di Klang, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis merampas 18 kontena mengandungi 363 buah mesin simulator bernilai RM5.45  juta dipercayai diseludup untuk digunakan dalam aktiviti perjudian serbuan Operasi Kontraban di Klang, Selangor, semalam. 

Operasi kira-kira pukul 5.30 petang itu terdiri daripada pegawai dan anggota dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam (KDNKA), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Pengarah JKDNKA Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, serbuan dijalankan adalah hasil maklumat awam dan risikan pihaknya terhadap premis terbabit. 

Katanya, dalam serbuan itu, polis turut menahan sembilan lelaki termasuk pemilik premis berusia antara 21 tahun  hingga 49 tahun. 

“Pada masa sama, 44,000 batang rokok putih dipercayai diseludup bernilai RM36,000, 86 kotak minuman keras pelbagai jenama bernilai RM42,000 dalam dua lori turut dirampas

“Polis turut menyita kenderaan dan kontena berisi mesin judi terbabit masing-masing bernilai RM140,000 serta RM180,000 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Zainal Abidin berkata, jumlah keseluruhan rampasan sebanyak RM5.8 juta.

Ujarnya, kesemua suspek ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah Klang untuk direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967,” ujar beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya