27 individu kemaruk berhibur dikompaun RM155,000 - Utusan Malaysia

27 individu kemaruk berhibur dikompaun RM155,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seramai 27 individu yang kemaruk berhibur di sebuah pusat hiburan dikenakan kompaun keseluruhan berjumlah RM155,000 hasil serbuan ke atas sebuah premis di Jalan Kenanga 29/9, Bandar Indahpura di sini, tengah malam tadi.

Dalam operasi yang dibuat bermula pukul 12.15 tengah malam itu, seramai 26 individu berusia lingkungan 16 hingga 53 tahun ditahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, turut ditahan dalam operasi sama ialah seorang lelaki yang mengaku sebagai pemilik premis terbabit.

Katanya, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dari Balai Polis Kulai dan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) membuat serbuan dan pemeriksaan di sebuah premis pusat hiburan terbabit.

“Hasil serbuan dan pemeriksaan dapati terdapat sekumpulan 22 lelaki dan empat wanita tempatan sedang berkumpul dalam premis tersebut.

“Pemeriksaan yang dibuat mendapati premis tersebut tiada lesen perniagaan yang sah untuk beroperasi.

“Pihak polis mengeluarkan kompaun RM25,000 terhadap pemilik premis manakala RM5,000 ke atas setiap pengunjung kerana melanggar Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) berkumpul tanpa alasan yang munasabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beng Yeow berkata, sepanjang tempoh PKP 3.0 ini, orang awam dinasihatkan agar sentiasa mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Jelasnya, tindakan tegas akan diambil bagi mana-mana individu atau perbadanan yang melanggar arahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya