267 permohonan rentas negeri, daerah ditolak - Utusan Malaysia

267 permohonan rentas negeri, daerah ditolak

HOO CHANG HOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol menolak 267 permohonan rentas negeri dan daerah serta mengenakan 116 kompaun sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, antara sebab utama permohonan berkenaan ditolak adalah membabitkan permohonan pasangan jarak jauh yang ditangguh kebenarannya sepanjang pelaksanaan PKP tersebut.

“Polis juga menerima permohonan individu untuk merentas ke destinasi yang merupakan antara kawasan yang telah dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan tentu sahaja permohonan ditolak.

“Selain itu, permohonan melebihi kapasiti dua orang dalam kenderaan selain untuk tujuan perubatan, dokumen tidak lengkap dan alasan tidak kukuh juga ditolak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, secara keseluruhannya, dari 19 Januari sehingga 14 Jun lalu, pihaknya telah mengeluarkan 284 kompaun pelbagai kesalahan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Menurutnya, sehingga kini 136 kompaun telah dibayar dengan jumlah kompaun sebanyak RM91,625.

“Kesalahan utama ialah gagal mendaftar menerusi menerusi MySejahtera atau mendaftar masuk secara manual, gagal memastikan penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka di kawasan awam.

“Kesalahan lain ialah gagal mematuhi jumlah penumpang yang dibenarkan dalam kenderaan persendirian, premis beroperasi tanpa kebenaran, dan tiada permit rentas daerah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya