21 dikompaun naik kenderaan lebih seorang - Utusan Malaysia

21 dikompaun naik kenderaan lebih seorang

NOR OMAR SAPPI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Masih ramai individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di mukim Sitiawan apabila dikesan keluar menaiki kenderaan melebihi seorang.

Setakat pukul 8 malam tadi, sebanyak 21 kompaun dikeluarkan atas kesalahan tersebut dengan setiap seorang dikompaun RM2,000 atau RM42,000 keseluruhan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, dalam tempoh tersebut, secara keseluruhan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung mengeluarkan 39 kompaun berjumlah RM69,000 ke atas individu yang didapati melanggar SOP PKP dan SOP PKPD di mukim Sitiawan.

Mukim Sitiawan dikenakan PKPD mulai 29 Mei sehingga 11 Jun ini.

“Kesalahan lain pula melibatkan 13 kesalahan tidak memakai pelitup muka di tempat awam dengan kompaun RM19,500; tiga kesalahan tidak menggunakan aplikasi MySejahtera (RM4,500) dan dua kompaun tidak mengamalkan penjarakan fizikal (RM3,000).

“Semua individu yang dikompaun berusia antara 21 hingga 67 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nor Omar, jumlah kompaun keseluruhan di daerah Manjung sejak PKP 1.0 pada 18 Mac tahun lalu sehingga semalam ialah 1,754 kompaun.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi keperluan-keperluan asas atau hal-hal kecemasan.

Katanya, IPD Manjung akan mengambil tindakan tanpa kompromi ke atas mereka yang melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya