TEXAS: Dua tembakan dipercayai dilepaskan di kem tentera San Antonio, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Leftenan Kolonel Brian Loveless berkata, pihaknya mempunyai laporan kukuh mengenai kejadian tembakan itu.
Katanya, kem tersebut mengarahkan semua pegawai tentera melaksanakan perintah berkurung susulan amaran terhadap tembakan tersebut.
Pada 2016, dua juruterbang terbunuh dalam kem tentera sama yang disifatkan sebagai insiden kekejaman di tempat kerja. -REUTERS