PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan dua lagi pertukaran pegawai kanannya berkuat kuasa 1 Julai ini.
Pertukaran tersebut melibatkan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd. Manan yang akan memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Lojistik dan Teknologi, Bukit Aman.
Sahabudin akan menggantikan tempat Datuk Seri Mazlan Lazim yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu.
Superintenden Komunikasi Korporat Urus Setia Ketua Polis Negara PDRM, Superintenden Skandaguru Anandan berkata, tempat Sahabudin pula akan diganti oleh Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1, Bukit Aman, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain.
“Pertukaran tersebut berkuat kuasa 1 Julai ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.