15 permohonan majikan tempatkan pekerja asing di kilang, lot komersial - Utusan Malaysia

15 permohonan majikan tempatkan pekerja asing di kilang, lot komersial

JAGDEEP Singh Deo dalam sidang akhbar selepas melakukan tinjauan di sebuah rumah ibadat di Jalan Pulau Tikus, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan negeri menerima sebanyak 15 permohonan daripada majikan untuk menempatkan pekerja asing mereka di dalam kawasan kilang dan lot komersil yang jauh dari penempatan awam.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, dua permohonan diterima daripada majikan di kawasan pulau manakala bakinya di Seberang Perai.

Beliau berkata, terdahulu kerajaan negeri memperkenal inisiatif itu untuk mengawal penularan Covid-19 di penempatan pekerja asing dan mendapat sambutan menggalakkan daripada majikan.

“Pada peringkat awal hanya tiga permohonan diterima,” katanya di sini hari ini.

Menurut Jagdeep, tiga kluster baharu Covid-19 yang dikesan setakat semalam membabitkan sektor perkilangan di Bayan Lepas menyebabkan lebih banyak majikan mahu menempatkan pekerja asing mereka di kawasan yang dibenarkan kerajaan negeri.

“Disebabkan itu kita segerakan usaha untuk menempatkan pekerja asing di tempat yang sesuai bagi mengawal penularan Covid-19.

“Selain itu, kita juga akan pastikan majikan tempatkan mereka di lokasi yang selesa dan selamat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemantauan yang dijalankan mendapati tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di rumah-rumah ibadat di negeri ini adalah dalam keadaan baik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya