15 buah kilang sudah dikompaun di Shah Alam - Utusan Malaysia

15 buah kilang sudah dikompaun di Shah Alam

SEORANG anggota polis (duduk, kiri) memeriksa beberapa dokumen sebuah kilang di Shah Alam, Selangor, Selangor, semalam. - IHSAN POLIS 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sejumlah 15 buah kilang sekitar daerah ini dikompaun polis kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kesemua kilang terbabit disaman dalam satu Operasi Khas Pematuhan SOP Covid-19 yang dijalankan pihaknya bermula Jumaat lalu hingga semalam.

“Sejak akhir-akhir ini, kerajaan menerima banyak aduan melibatkan sektor-sektor perkilangan essential dan non-essential  menjalankan operasi perkilangan tanpa mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Jadi, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam melalui balai polis Sri Muda menjalankan operasi bagi memeriksa semua kilang untuk memastikan mereka mematuhi arahan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sepanjang operasi tersebut menurutnya, pihaknya telah membuat pemeriksaan terhadap 333 buah kilang seperti kilang peralatan elektronik, pembuatan makanan dan logistik.

Baharudin berkata, kesalahan yang dilakukan oleh 15 buah kilang itu seperti beroperasi tanpa surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), jumlah pekerja melebihi kapasiti yang dibenarkan serta tidak menyediakan laluan masuk dan keluar khas.

“Setiap kilang masing-masing telah dikompaun sebanyak RM10,000 mengikut Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Kami turut mengeluarkan kompaun kepada 22 orang pekerja kilang, dengan masing-masing dikompaun sebanyak RM2,000,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya