14 jam untuk mengumpulkan mayat di Jakarta ketika kematian akibat Covid-19 meningkat

14 jam untuk mengumpulkan mayat di Jakarta ketika kematian akibat Covid-19 meningkat

KEADAAN di salah sebuah tanah perkuburan di Jakarta yang mana para petugas bertungkus lumus mengebumikan mangsa Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ia mengambil masa hampir 14 jam untuk mengumpulkan mayat Covid-19 di Jakarta minggu ini, ketika ibu kota Indonesia itu berhadapab dengan lonjakan kes dan kematian akibat pandemik itu.

Memetik laporan Reuters, polis di wilayah pelabuhan Tanjung Priok mengatakan mereka menerima panggilan pada hari Isnin mengenai mayat Covid-19, yang dibungkus dengan kain kafan putih, yang ditinggalkan di depan pintu rumah Jakarta Utara.

Tidak mengambil mudah menangani korban Covid-19, petugas memanggil pasukan petugas setempat, tetapi diberitahu perlu menunggu terlebih dahulu.

“Mayat itu berada dalam senarai kelapan kerana pasukan petugas Covid-19 menangani korban lain,” kata Ghulam Pasaribu, Ketua Polis Tanjung Priok.

Mayat itu, katanya, dikumpulkan pada pukul 1.30 pagi hari Selasa, lebih dari 13 jam kemudian.

Itu adalah salah satu dari 143 pengebumian di Jakarta pada hari itu – yang paling banyak sejak wabak itu bermula – menurut Ivan Nurcahyo yang menguruskan perkuburan dan pengebumian.

Pada hari yang sama di kawasan bandar yang lain, seorang nenek berusia 69 tahun yang didapati positif menggunakan pengangkutan awam ke hospital, setelah keluarganya gagal mendapatkan ambulans, kata stesen televisyen MetroTV.

Indonesia pada hari Rabu mencatat 15,308 jangkitan kes Covid-19 baharu, kata petugas.

Kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 2,033,421. Ia juga melaporkan 303 kematian Covid-19 baru, menjadikan kematian keseluruhan 55,594. Walaupun tertinggi di rantau ini, angka sebenarnya mungkin jauh lebih tinggi.

Pakar kesihatan awam mengaitkan lonjakan peningkatan mobiliti pada hari raya Aidilfitri, dan penyebaran varian Delta yang sangat menular.

Lebih dari 100 kes varian Delta telah dikenal pasti di seluruh Nusantara, dengan wabah di Jawa mendorong penghunian hospital melebihi 90 peratus di beberapa daerah.

Walaupun telah divaksinasi sepenuhnya, sekurang-kurangnya 10 doktor telah meninggal dunia akibat penyakit ini, menurut Persatuan Perubatan Indonesia, sementara ratusan telah diuji positif.

Di Jakarta, kes juga meningkat. Pada 22 Mei, Jakarta melaporkan 932 kes baru, tetapi lebih dari tiga kali ganda menjadi 3,221 pada 22 Jun, menurut data rasmi.

Katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di 140 hospital rujukan Covid-19 di Jakarta pada kadar  81 peratus pada 20 Jun, sementara bilik pengasingan pula mencapai kapasiti 90 peratus, kata Dr Sulung Mulia Putra, dari badan kesihatan Jakarta.

“Kami masih harus menghadapi ujian yang sukar kerana beberapa hari ini pandemi Covid-19 telah muncul kembali,” kata Presiden Joko Widodo pada hari Rabu. “Penyakit ini tidak membezakan.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya