136 kanak-kanak Nigeria diculik - Utusan Malaysia

136 kanak-kanak Nigeria diculik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIGERIA: Seramai 136 kanak-kanak di sekolah Islam Nigeria diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata.

Kumpulan itu menunggang motosikal dengan melakukan serangan di bandar Tegina, Ahad lalu.

Kerajaan tempatan keesokan harinya berkata, mereka menghubungi ibu bapa untuk menentukan jumlah murid yang hilang.

Presiden Nigeria menerusi kenyataan memaklumkan pasukan keselamatan melakukan pencarian murid tersebut.

“Kami mengesahkan jumlah murid yang hilang adalah seramai 136 orang,” katanya.

Kumpulan penjenayah kerap melakukan penculikan di sekolah dan universiti di utara negara itu sejak beberapa bulan lalu untuk dijadikan sebagai tebusan.

Sehingga kini, jumlah pelajar yang diculik sejak Disember lalu mencecah 800 orang. -REUTERS

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya