Maut terkena renjatan pagar elektrik - Utusan Malaysia

Maut terkena renjatan pagar elektrik

SEORANG penduduk menunjukkan kawasan Mokhtar Mat Nor ditemukan mati akibat renjatan pagar elektrik di rumahnya di Kampung Star Baru, Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Misteri bau busuk dihidu penduduk terjawab selepas seorang bapa tunggal ditemukan maut, dipercayai akibat terkena renjatan pagar elektrik yang dipasang untuk menghalang babi hutan memasuki kebun di Kampung Star Baru, di sini hari ini. 

Ketika mayatnya ditemukan jiran yang melalui kawasan itu untuk menoreh getah, kira-kira pukul 8 pagi, mangsa, Mokhtar Mat Nor, 56, dipercayai sudah meninggal dunia sejak tiga hari lalu. 

Jiran terbabit, Mohd. Razali Harun, 54, berkata, dia curiga dengan bau busuk seperti perut ikan dari arah rumah mangsa yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya.

Katanya, dia bersama isterinya yang ketika itu ingin menoreh getah, singgah di rumah jirannya itu dan melihat keadaan pintu rumah mangsa terbuka.

“Saya memanggil nama ‘Tar’ berulang kali sebelum ternampak menjumpai mangsa terbaring atas tanah dengan keadaan kakinya terbelit pagar elektrik.

“Saya terkejut dan segera berlari memanggil jiran lain serta menghubungi polis,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di  di sini hari ini.

Mohd. Razali berkata, sebelum ini dia sudah berasa tidak sedap hati kerana sudah tiga hari tidak bertemu Mokhtar di surau berhampiran rumahnya. 

Difahamkan, walaupun mempunyai tiga anak, mangsa tinggal seorang diri di rumah itu sejak berpisah dengan isterinya beberapa tahun lalu sebelum mengusahakan kebun pisang serta getah di situ.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, apabila tiba di lokasi, anggota polis mendapati mangsa berada dalam keadaan mengiring dengan sebahagian pagar elektrik tersangkut pada kakinya.

“Pemeriksaan lanjut pada badan mangsa tidak menemukan sebarang unsur jenayah.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Gua Musang dan hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat renjatan elektrik,” katanya selain memberitahu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya