13 PATI Indonesia ditangkap PGA Semenyih - Utusan Malaysia

13 PATI Indonesia ditangkap PGA Semenyih

KESEMUA pendatang asing tanpa izin yang ditahan anggota PGA Semenyih di Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor. - GAMBAR IHSAN PGA SEMENYIH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Sebanyak 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditangkap Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih di Jalan Baru Kampung Mandur Wahit Tali Air 4, Sekinchan di sini awal pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintenden Rizal Mohamed berkata, pihaknya menahan kesemua PATI itu kira-kira pukul 1.40 pagi ketika mereka cuba mencari tempat menyorok bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Siasatan awal mendapati mereka bertolak dari Tanjung Balai, Indonesia pukul 2 pagi semalam sebelum tiba di negara ini pukul 1.30 pagi tadi.

“Siasatan lanjut mendapati mereka membayar di antara RM1,000 hingga RM1,500 bagi memasuki negara ini menggunakan bot dan mendarat di pesisir pantai Sekinchan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua PATI yang berusia lingkungan 18 hingga 55 tahun itu gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah apabila diminta anggotanya.

Semua suspek dibawa ke Balai Polis Sekinchan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Mereka akan menjalani ujian saringan Covid-19 bagi memastikan tiada jangkitan virus itu.

“Sekiranya melihat ada aktiviti mencurigakan di kawasan pantai berdekatan kediaman anda, masyarakat diminta menyalurkan aduan kepada kami supaya tindakan segera boleh diambil,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya