12 jam hantar bakul makanan ke Pos Gob - Utusan Malaysia

12 jam hantar bakul makanan ke Pos Gob

AB. Aziz Yusoff menyampaikan menyampaikan bakul makanan kepada Orang Asli di Pos Gob, Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Perjalanan mengambil masa 12 jam dengan laluan berbukit ‘menguji’ usaha pengagihan bantuan makanan kepada 300 keluarga Orang Asli di Pos Gob di sini yang terkesan akibat Covid-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff berkata, perjalanan petugas ke kawasan penempatan Orang Asli paling jauh di negeri ini, lebih 80 kilometer terpaksa melalui jalan balak yang rosak dan jambatan kayu runtuh.

Menurut beliau, mereka memulakan perjalanan ke pos itu pada pukul 10 pagi kelmarin (Khamis) dan tiba pukul 10 malam tadi (Jumaat).

“Kita mendapati  Orang Asli di Pos sudah lama tidak keluar ke bandar untuk membeli barang keperluan kerana masalah perhubungan.

“Sekiranya mereka sakit dan ahli keluarga ingin bersalin mereka akan menghubungi Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) bagi mendapatkan bantuan helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,” kata beliau di sini hari ini. 

Hadir sama pada program bantuan makanan sumbangan Jakoa ialah Pengarah Jakoa Kelantan/Terengganu, Shafie Abas.

 Ab. Aziz berkata, sebanyak 10 kenderaan pacuan empat roda terlibat dalam pengagihan makanan dan mereka terpaksa bermalam di pos tersebut sebelum pulang semula hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk Pos Gob, Angah Alang, 41, berkata, mereka bersyukur apabila bantuan makanan tiba.

Katanya, penduduk sudah lama tidak keluar sejak penularan wabak dan hanya bergantung kepada makanan serta tanaman sara hidup diusahakan sendiri.

“Kami hanya berkurung di rumah dan takut untuk keluar membeli barang keperluan selepas melihat peningkatan kes Covid-19.

“Selain itu, masalah jambatan runtuh dan jalan rosak teruk ketika musim tengkujuh akhir tahun lalu belum dibaiki sepenuhnya menyukarkan kami untuk keluar ke bandar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya