11 lelaki iring keranda mayat direman 4 hari - Utusan Malaysia

11 lelaki iring keranda mayat direman 4 hari

SERAMAI 11 lelaki yang disyaki terlibat dalam perarakan mengiringi keranda mayat di Jalan Tiram, Butterworth, Pulau Pinang ketika PKP penuh direman selama empat hari bagi membantu siasatan. - UTUSAN/MUHAMMAD FIRDAUS AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seramai 11 lelaki yang disyaki terlibat dalam perarakan mengiringi mayat di Jalan Tiram di sini ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman sehingga Khamis ini terhadap suspek berusia 15 hingga 35 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar, Nigel Jirin di Mahkamah Majistret Butterworth di sini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1969, Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Peraturan 9 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia 1998.

Terdahulu, kesemua suspek ditahan di sekitar Mak Mandin dan Butterworth dalam operasi selama kira-kira empat jam berakhir pukul 10 malam tadi.

Akhbar semalam melaporkan, polis memburu beberapa individu bagi membantu siasatan selepas sebuah video berdurasi 56 saat yang memaparkan beberapa lelaki sedang mengiringi keranda mayat di Jalan Tiram ke sebuah pusat pembakaran tular dalam media sosial.

Berdasarkan rakaman itu, kumpulan terbabit dilihat menari, membawa sepanduk dan bermain gendang manakala beberapa lelaki lain dilihat mengusung keranda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya