11 ditahan berpesta dadah di homestay - Utusan Malaysia

11 ditahan berpesta dadah di homestay

SHAFEE ABDUL SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Seramai 11 individu termasuk lima wanita ditahan ketika sedang leka berpesta dadah dalam serbuan di sebuah inap desa di Kompleks BM City di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 18 hingga 25 tahun dengan enam daripada mereka positif dadah jenis ketamin hasil ujian saringan air kencing.

Menurut beliau, dalam serbuan itu polis turut merampas satu paket plastik lutsinar berisi 14 biji pil ekstasi iaitu masing-masing tujuh plastik berwarna biru dan tujuh lagi berwarna hijau dengan anggaran berat 4.70 gram.

“Turut dirampas ialah satu paket plastik lutsinar berisi dadah jenis ketamin yang dianggarkan seberat 4.70 gram,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelas Shafee, kes disiasat di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 serta Seksyen 15(1) ADB 1952.

Katanya, tindakan kompaun turut diambil terhadap kesemua yang ditahan di bawah Peraturan 17, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya