PUTRAJAYA: Malaysia terus mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 8,209 kes selepas semalam merekodkan sebanyak 7,703 kes.
Ia sekali gus mengatasi 7,049 kes sembuh manakala Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar iaitu 3,125 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 103 kematian manakala kes aktif menunjukkan peningkatan iaitu 83,331 kes berbanding semalam, 82,274 kes.
Katanya, sebanyak 880 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 446 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Selain Selangor, Kuala Lumpur merekodkan sebanyak 801 kes, Johor (752), Sarawak (594), Negeri Sembilan (576), Kelantan (414), Perak (384), Kedah (373), Pulau Pinang (303), Melaka (322), Pahang (135) dan Terengganu (127).
“Hanya dua Wilayah merekodkan kes dua angka iaitu Labuan (62) dan Putrajaya (33) manakala Perlis, lima kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN