Seramai 10,000 rakyat Kelantan divaksin sehari - Dr. Zaini

10,000 rakyat Kelantan divaksin sehari

SALAH seorang penerima vaksin berkerusi roda ditolak ahli keluarga untuk menerima suntikan di Outreach Masjid Mukim Banggol, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - FOTO/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Kelantan akan memperluaskan program turun padang Outreach Vaksinasi Covid-19 di 21 lagi lokasi baharu memandangkan inisiatif itu berjaya mempercepatkan lagi proses vaksinasi di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, sebagai permulaan, program itu dibuat di 10 lokasi sekitar daerah ini, Kuala Krai, Jeli serta Pasir Mas dan dalam tempoh tiga hari pertama, sambutan diterima amat memberangsangkan.

“Bilangan penerima vaksin program ini sentiasa berubah. Jadi kita perlu bincang dengan Ketua Jajahan dan Penggawa di kawasan masing-masing untuk mereka tentukan lokasi sesuai.

“Berdasarkan rekod, jumlah rakyat Kelantan menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ditambah program outreach sudah mencecah 10,000 orang sehari,” katanya ketika melawat salah satu lokasi outreach iaitu Masjid Mukim Banggol di sini hari ini.

Menurut Dr. Zaini, bagi memastikan program outreach berjalan lancar, pihak jabatan akan bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan negeri seperti Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) serta Pejabat Tanah dan Jajahan.

Beliau dalam pada itu menegaskan, walaupun program Outreach Vaksinasi Covid-19 dijalankan di kawasan masjid, suntikan vaksin juga terbuka kepada rakyat bukan Islam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya