100 lirik lagu dikir barat dibukukan - Utusan Malaysia

100 lirik lagu dikir barat dibukukan

SUPIAN Hanuman Ikan menunjukkan buku antologi 100 lirik lagu dikir barat ‘Lirikku Lukisan Jiwaku’ di Kota Bharu, baru-baru ini. – UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Apabila kerjaya seninya lumpuh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun lalu, pendikir popular, Supian Hanuman Ikan berkurung di rumah sambil mengumpulkan ratusan lirik lagu dikir barat pernah dihasilkannya.

Dalam tempoh setahun, pemilik nama sebenar Supian Hassan itu mengabadikan 100 lirik lagu dikir barat nukilannya dalam antologi, sebelum cetakan sulung buku berjudul Lirikku Lukisan Jiwaku diterbitkan April lalu.

Buku terbitan Pustaka Dewan Puisi (PDP) itu mencipta sejarah tersendiri sebagai antologi lirik lagu dikir barat bercetak pertama pernah diterbitkan di negara ini dengan membariskan lagu-lagu hits dendangan 16 pendikir tersohor Kelantan.

Antaranya legenda dikir barat Allahyarham Megat Nordin, Mat Glamor, Rizal Ranjuna, Raden Mas Uji, Fendi Ayam Serama, Setapa Merak Mas, Mat Jeng Keseng dan Norma Dahlia.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Supian menyifatkan antologi tersebut meredakan gejolak di jiwanya yang sudah lebih setahun tidak dapat beraksi di pentas.

“Lazimnya kita membaca buku antologi puisi, cerpen, pantun dan travelog namun tidak ada antologi lirik dibukukan setakat ini, apatah lagi antologi lirik dikir barat.

“Terdetik di hati untuk me­ngumpulkan semula lirik lagu supaya dapat menjadi koleksi peminat” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Supian, 55, berasal dari Kampung Dalam Rhu, Tumpat aktif dalam dikir barat sejak 1990 dan dalam tempoh tiga dekad bergelar anak seni, dia menghasilkan le­bih 500 lirik serta lagu, dengan kebanyakannya didendangkan pendikir tersohor negeri ini.

Bercerita lanjut tentang Lirikku Lukisan Jiwaku, Supian berkata, buku setebal 202 muka surat itu berharga RM30 senaskah dan mengandungi 48 lirik lagu dikir barat bertemakan cinta, 40 lirik kemasyarakatan, sembilan lirik kesihatan serta tiga lirik ketuhanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya