10 lelaki leka berjudi di kebun getah ditahan - Utusan Malaysia

10 lelaki leka berjudi di kebun getah ditahan

SEBAHAGIAN lelaki yang ditahan ketika berjudi jenis dadu di kebun getah di Kampung Naga, Jitra, Kubang Pasu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Seramai 10 lelaki yang leka berjudi dalam kebun getah ditahan dalam Op Dadu di Kampung Naga, Jitra di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, ketika serbuan pada pukul 10 malam itu, beberapa suspek terbabit cuba melarikan diri di kawasan semak berhampiran namun berjaya diberkas.

Menurutnya, suspek berkenaan termasuk warga Thailand yang berusia 32 tahun hingga 58 tahun bermain judi jenis dadu di meja yang disediakan di kebun getah tersebut.

“Polis juga merampas sebuah meja kayu, sehelai kain bertulis angka, lapan kerusi plastik, tiga dadu, satu lampu suluh dan wang tunai RM27,860,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, seramai enam daripada suspek yang ditahan itu didapati mempunyai rekod jenayah termasuk kes dadah.

Katanya, kesemua suspek direman dua hari mulai hari ini sehingga esok untuk siasatan lanjut.

Malah tambahnya, mereka juga dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM4,000 bagi kesalahan mengikut Peraturan 10 Peraturan-peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.

“Kes turut disiasat Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya