GAZA: Di sebalik ketegangan dan serangan bertali arus Israel ke Semenanjung Gaza, ribuan rakyat Palestin tetap menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri di kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.
AFP melaporkan melaporkan sekitar 100,000 jamaah berkumpul di lokasi suci untuk melaksanakan sembahyang sunat Aidilfitri.
Ketegangan timbul setelah Israel cuba mengusir warga Palestin di Baitulmaqdis timur yang dianggap Israel sebagai sebahagian dari ibu kotanya.
Ekoran itu berlaku pertempuran antara polis Israel dengan penunjuk perasaan Palestin di sekitar Masjid al-Aqsa terutama ketika umat Islam mahu menunaikan solat sunat tarawih.
Ini diikuti kejadian berbalas serangan antara pejuang Hamas dan tentera Israel yang membawa kepada pengeboman berterusan oleh angkatan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Aljazeera melaporkan sejak serangan Israel melancarkan serangan sejak Isnin lalu kira-kira 83 orang, termasuk 17 anak-anak telah terbunuh.