Wanita maut kereta jatuh jambatan - Utusan Malaysia

Wanita maut kereta jatuh jambatan

KERETA Proton X70 yang terbabas dan jatuh ke bawah jambatan di Kilometer 313.3, Lebuh Raya Utara- Selatan arah utara dekat Tapah semalam. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Seorang wanita maut setelah kereta dipandu bapanya hilang kawalan lalu terhumban ke bawah jambatan pada ketinggian tujuh meter di Kilometer 313.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, semalam.

V. K. Yuvabarathi, 24, yang duduk di bahagian penumpang belakang cedera parah dan disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh pada pukul 3.35 petang.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku pada pukul 2 petang melibatkan kereta jenis Proton X70 dipandu bapa mangsa, V. V. Kunalan, 59.

Katanya, ketika kejadian, mangsa bersama ibu, M. Nirmala Devi, 56, dan bapanya dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Alor Setar bagi menziarahi bapa Kunalan yang meninggal dunia.

“Kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Kunalan hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan sebelah kiri sebelum terjatuh ke bawah jambatan.

“Nahas itu menyebabkan dia dan isteri cedera dan dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan manakala anak perempuan mereka yang parah dihantar ke HRPB,” katanya.

Menurutnya, Yuvabarathi bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 3.35 petang ketika dirawat.

Katanya, siasatan awal mendapati punca kejadian akibat kenderaan dipandu hilang kawalan lalu terbabas.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor P. Prathiparaj di talian 014-6178095. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya