Wajah baharu Volkswagen Tiguan Allspace - Utusan Malaysia

Wajah baharu Volkswagen Tiguan Allspace

TIGUAN ALLSPACE ditambah baik bukan saja secara luaran, malah dilengkapi teknologi canggih yang menjadikan pemanduannya lebih selesa. – IHSAN VOLKSWAGEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Volkswagen Tiguan Allspace, versi Tiguan yang lebih besar tampil dengan wajah baharu yang lebih elegan dan dinamik.

Menurut Volkswagen, kenderaan utiliti sukan (SUV) tampil lebih versatil dengan dua tempat duduk boleh lipat tambahan serta pemanduan semua tayar 4MOTION yang sesuai untuk semua permukaan.

Kata syarikat itu, teknologi pemanduan semua tayar 4MOTION itu memberikan Tiguan Allspace sentiasa mempunyai cengkaman yang baik, pengendalian yang optimum serta respons dan dinamik pengemudian yang menakjubkan.

“Dengan Mod Rupa Bumi 4MOTION, anda boleh memilih satu daripada empat mod pemanduan semua tayar dengan memutar satu suis, menjadikan Allspace sesuai untuk semua rupa bumi,” katanya.

Selain itu, untuk model R-Line, Tiguan Allspace turut dilengkapi teknologi Kawalan Casis Dinamik dengan pilihan mod pemanduan yang membolehkan pemandu memilih profil pemanduan yang tepat seperti normal, eko, sukan, selesa atau individu.

Malah, profil luar jalan raya turut disediakan untuk pemanduan kembara yang lebih selesa.

“Sama ada anda perlu melakukan panggilan telefon ketika memandu, memerlukan maklumat trafik, mahu sampai ke destinasi menggunakan App-connect atau sekadar mahu mendengar muzik, Tiguan Allspace menawarkan pelbagai kemungkinan untuk menggunakan teknologi moden dengan mudah.

“Kokpit Digital dalam Tiguan Allspace menawarkan kemajuan pada hujung jari dengan pelbagai tema dalam skrin definisi tinggi,” kata Volkswagen.

Dari segi enjin, Tiguan Allspace dilengkapi enjin bercas turbo yang memberikan prestasi lancar dalam pemanduan.

Untuk varian R-Line, ia dilengkapi enjin 220PS dengan 350NM tork untuk respons serta-merta serta prestasi tinggi dalam apa juga situasi.

Tiguan Allspace Highline 1.4TSI dijual dengan harga atas jalan pada RM165,030.75 tidak termasuk insurans manakala Tiguan Allspace R-Line 2.0TSI 4MOTION dijual pada harga atas jalan RM209,637.39 tidak termasuk insurans.

Kedua-dua varian itu hadir dengan lima pilihan warna iaitu silk blue, pure white, pyrite silver, platinum grey dan deep black. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya