Vigneswaran kekal Presiden MIC - Utusan Malaysia

Vigneswaran kekal Presiden MIC

PRU15
S.A. VIGNESWARAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Bekas di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri S.A. Vigneswaran mempertahan jawatannya sebagai Presiden MIC selepas menang jawatan tanpa bertanding pada pemilihan parti itu untuk penggal 2021-2024.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Presiden MIC, Tan Sri G. Rajoo dalam sidang akhbar di ibu pejabat MIC, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Rajoo, Vigneswaran muncul sebagai satu-satunya calon untuk jawatan berkenaan apabila pencalonan ditutup pada pukul 1 tengah hari.

Vigneswaran menerima sokongan 3,620 daripada 3,808 cawangan MIC di seluruh negara.

Pada pemilihan lalu, Vigneswaran menang jawatan itu juga tanpa ditandingi.

Dalam pada itu, Vigneswaran berterima kasih kepada seluruh warga MIC dan ketua-ketua cawangan kerana memberi sokongan kepada saya untuk memimpin parti bagi masa tiga tahun yang akan datang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya