Vaksin Sputnik V bantu San Marino jadi negara Eropah pertama sifar Covid-19

Vaksin Sputnik V bantu San Marino jadi negara Eropah pertama sifar Covid-19

Foto AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: San Marino menjadi negara Eropah pertama yang mencatatkan sifar kes Covid-19 dikatakan hasil menggunakan vaksin Sputnik V keluaran Russia.

Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF) dalam satu kenyataan memberitahu, ini telah membolehkan pihak berkuasa negara itu menamatkan sekatan, memulihkan aktiviti ekonomi dan kembali ke kehidupan normal.

San Marino kini telah melaksanakan kempen vaksinasi paling berjaya di Eropah hasil penggunaan vaksin Sputnik V yang menjadikan kadar jangkitan,hanya tujuh orang untuk setiap satu juta penduduk pada (3 hingga 9 Mei).

Ini adalah 40 kali lebih rendah daripada apa yang berlaku di negara-negara EU yang lain.

RDIF memberitahu, hasil positif dari kempen vaksinasi dengan Sputnik V dapat dilihat hanya dalam tempoh dua bulan selepas ia bermula dengan kes purata Covid-19 harian menurun sebanyak 250 kali dari titik tertinggi di awal April hingga tahap sifar dan tidak ada kes jangkitan yang didaftarkan sejak 4 Mei.

Di San Marino 74 peratus penduduk berumur 16 tahun ke atas telah divaksinkan dengan dos pertama dengan 90 peratus menggunakan vaksin Sputnik V.

Malah San Marino juga telah berjaya mengatasi kes kematian disebabkan oleh Covid.

RDIF bersedia memberikan kumpulan Sputnik V tambahan kepada San Marino untuk memvaksinkan pelancong berdasarkan hasil vaksinasi positif di negara itu.

RIDF mendakwa berdasarkan kajian pasca vaksinasi di sejumlah negara, termasuk Argentina, Mexico dan Hungary, membuktikan Sputnik V adalah vaksin yang paling selamat dan berkesan
melawan Covid-19.

Sputnik V didaftarkan di 64 negara di seluruh dunia dengan jumlah penduduk melebihi 3.2 bilion orang.

Sputnik V menduduki tempat kedua di antara vaksin Covid-19 secara global dari segi jumlah kelulusan yang dikeluarkan oleh pengawal selia kerajaan.

Sputnik V telah diluluskan di Rusia, Belarus, Argentina, Bolivia, Serbia, Algeria, Palestin, Venezuela, Paraguay, Turkmenistan, Hungary, UAE, Iran, Republik Guinea, Tunisia, Armenia, Mexico, Nikaragua, Republika Srpska (entiti Bosnia dan Herzegovina), Lubnan, Myanmar, Pakistan, Mongolia, Bahrain, Montenegro, Saint Vincent dan Grenadines, Kazakhstan, Uzbekistan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya