Tindakan tegas terhadap penguat kuasa kompromi dengan peniaga - Utusan Malaysia

Tindakan tegas terhadap penguat kuasa kompromi dengan peniaga

AIN Arjuna Aziz Zaman (kanan) ketika mengadakan tinjauan harga barangan sempena pelaksanaan SHMMP 2021 di Pasar Sementara Ampangan, di Seremban hari ini. - UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Mana-mana penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di negeri ini yang cuba berkompromi dengan peniaga diambil tindakan tegas.

Pengarah KPDNHEP Negeri Sembilan, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, tindakan disipilin diambil sekiranya terdapat penguat kuasa yang cuba ‘membela’ golongan peniaga termasuk dengan tidak mengambil tindakan kompaun.

Namun, pihaknya tetap meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada semua anggota penguat kuasa KPDNHEP dalam menguatkuasakan undang-undang.

“Saya meletakkan harapan tinggi kepada penguat kuasa di negeri ini namun tidak akan berkompromi. Sekiranya ada berlaku perkara seperti itu, penguat kuasa dikenakan tindakan integriti dan adalah tidak munasabah untuk mereka terlibat dalam perkara yang tidak berbaloi itu.

“Anggota penguat kuasa boleh dikenakan tindakan disiplin dan dakwaan berkompromi dengan mana-mana peniaga adalah berat. Bagi peniaga pula yang mendapat maklumat ada anggota penguat kuasa yang cuba mengambil kesempatan, mereka boleh membuat aduan dan menunjukkan bukti yang sah kepada pihak saya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) 2021 di Pasar Sementara Ampangan di Ampangan, dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, Ain Arjuna memaklumkan, sejak SHMMP dikuatkuasakan sejak 21 April sehingga semalam, pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap sebanyak 1,491 premis.

Kesemua premis berkenaan melibatkan pemborong, peruncit, pasar raya, kedai runcit, pasar awam dan pasar tani di seluruh negeri ini.

“Satu kes tindakan diambil membabitkan kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN