Tiga nelayan terselamat dalam kejadian bot karam

Tiga nelayan terselamat dalam kejadian bot karam

TIGA mangsa bot karam yang diselamatkan oleh Maritim Malaysia di jeti Zon Maritim Kuala Kedah, Alor Setar, hari ini. - IHSAN MARITIM MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Tiga nelayan tempatan terselamat selepas bot yang dinaiki mereka mengalami kebocoran akibat terlanggar objek keras dan karam pada kedudukan 3.5 batu nautika barat dari Pantai Sanglang dekat sini hari ini.

Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Noor Azreyanti Ishak berkata, Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah menerima aduan pada pukul 7.18 pagi daripada seorang nelayan setelah kerja mencari bot berkenaan oleh nelayan tempatan gagal.

Katanya, sebuah bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ke lokasi kejadian dan mendapati ketiga-tiga mangsa ditemui dan diselamatkan oleh nelayan tempatan kira-kira pukul 8 pagi.

“Semua mangsa kemudian dipindahkan ke atas bot Maritim Malaysia untuk dibawa balik ke jeti Zon Maritim Kuala Kedah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ketiga-tiga mangsa terbabit ialah Abdullah Yaakob, 46; Muhammad Afifi Roslan, 28, dan Muhammad Qamarul Ariffin Zulkifli, 25, dikatakan keluar  ke laut menaiki bot nelayan tempatan kelas A pada pukul 8 malam semalam,” ujarnya.

Menurut Noor Azreyanti, kejadian itu berlaku  kira-kira pukul 4 pagi dan bot mangsa dipercayai mengalami kebocoran setelah melanggar objek keras dipercayai kayu ketika menuju ke tengah laut sebelum tenggelam.

“Semasa diselamatkan hanya seorang sahaja yang memakai jaket keselamatan namun dua lagi mangsa terpaksa berpaut pada tong minyak berikutan mereka hanya membawa sepasang jaket keselamatan sahaja.

“Kesemua tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya mengalami sedikit keletihan sebelum dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kedah serta dibenarkan pulang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN