Tiga bot nelayan Vietnam ditahan di perairan Kemaman

Tiga bot nelayan Vietnam ditahan di perairan Kemaman

RASHIDILHADI Abd. Rashid (kiri) menunjukkan lesen kebenaran menangkap ikan nelayan tempatan yang disalahgunakan nelayan Vietnam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tiga lagi bot nelayan Vietnam yang disyaki menggunakan nombor pendaftaran tempatan palsu di perairan Kemaman, semalam.

Pengarah Zon Maritim Malaysia Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, ketiga-tiga bot itu ditahan pada kedudukan 31 hingga 35 batu nautika dari Kuala Kemaman di sini, kira-kira pukul 4.10 hingga 4.50 pagi.

Katanya, kesemua bot berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan berikutan ciri dan struktur fizikal yang menyerupai bot nelayan Vietnam, namun menggunakan nombor pendaftaran tempatan. 

“Dokumen yang dikemukakan meragukan dan pemeriksaan lanjut menjumpai nombor pendaftaran asal bot nelayan berkenaan.

“Kita akan bekerjasama dengan Jabatan Perikanan untuk menyiasat jika ada penglibatan pengusaha bot  tempatan yang membenarkan nelayan asing menggunakan lesen mereka secara ali baba atau sebaliknya,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Rashidilhadi berkata, pihaknya turut merampas peralatan mencandat sotong dan 1,500 liter bekalan diesel yang dianggarkan bernilai RM2.4 juta.

Katanya, kesemua 24 kru termasuk tekong berumur antara 20 hingga 44 tahun itu dibawa ke Zon Maritim Kemaman dan kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Menurutnya, sehingga kini sebanyak 21 bot nelayan asing ditahan dengan lima daripadanya dikesan menggunakan nombor pendaftaran tempatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya