Tengkorak wanita dalam longkang ada 13 kesan kecederaan 

Tengkorak wanita ada 13 kesan kecederaan 

TENGKORAK yang ditemukan pada Isnin lalu di dalam longkang di Jalan Makloom, Pulau Pinang dipercayai milik seorang wanita dan didapati terdapat sebanyak 13 kesan kecederaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Tengkorak manusia yang ditemukan di dalam longkang berhampiran sebuah premis di Jalan Makloom di sini Isnin lalu, didapati mempunyai sebanyak 13 kesan kecederaan. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Sofian Santong berkata, laporan bedah siasat juga mendapati tengkorak itu milik seorang mangsa berusia antara 40 hingga 60 tahun dan dipercayai meninggal dunia antara enam hingga 12 bulan lalu. 

“Menerusi laporan bedah siasat yang dijalankan kecederaan pada tengkorak ini membabitkan kesan tikaman, luka dan torehan. 

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak polis juga akan mendapatkan senarai orang hilang bagi mengenal pasti identiti mangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Isnin lalu seorang kelindan lori terkejut selepas menemukan satu objek dipercayai tengkorak ketika sedang menghisap rokok di sebuah premis di Jalan Makloom di sini. 

Menurut Sofian, setakat ini punca kematian masih belum dapat dipastikan dan polis masih menyiasat sama ada kematian si mati membabitkan jenayah atau sebaliknya. 

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk menghantar spesimen ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. 

“Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) turut dijalankan bagi mengenal pasti identiti pemilik tengkorak tersebut,” katanya. 

Tambah beliau, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berhubung penemuan tengkorak itu diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya