Tengkorak, tulang manusia dijumpai di ladang kelapa sawit - Utusan Malaysia

Tengkorak, tulang manusia dijumpai di ladang kelapa sawit

TENGKORAK dan tulang manusia yang ditemukan di ladang kelapa sawit di Batu Lima, Jalan Maharajalela di Teluk Intan hari ini. - HSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Tengkorak dan serpihan tulang dipercayai milik manusia dijumpai seorang pekerja ladang ketika sedang meracun rumput di ladang kelapa sawit di Batu Lima, Jalan Maharajalela di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan itu oleh polis bantuan ladang berkenaan pada pukul 11.30 pagi.

Katanya, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati terdapat tengkorak dan tulang manusia termasuk gigi bertaburan di kawasan pokok kelapa sawit berusia setahun setengah.

“Saksi yang menjumpai tengkorak dan tulang adalah pekerja warga Bangladesh di mana ketika itu dia sedang meracun rumput liar secara manual.

“Tengkorak disyaki milik manusia itu dijumpai di kawasan pokok kelapa sawit selain cebisan tulang tangan, pelvis, gigi dan paha,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, keadaan tengkorak dan tulang yang dijumpai dalam jarak 10 ke 20 meter antara sama lain itu dipercayai kerana dimakan haiwan liar iaitu biawak dan anjing.

Katanya, Unit Forensik D10 bersama unit Unit Anjing Pengesan (K9) Kontinjen Perak hadir ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Sebanyak 22 spesimen cebisan tulang-tulang dipercayai manusia dan sampel tanah telah dikumpul untuk siasatan.

“Tiada penemuan lain sama ada pakaian simati atau apa-apa senjata ditemui di tempat kejadian untuk mengaitkan dengan unsur jenayah,” katanya.

Tambah beliau, kesemua penemuan itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat bagi mengesan identiti mangsa.

“Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan. Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya