Tatap gambar anak, cucu ubati kerinduan menjelang Aidilfitri

Tatap gambar anak, cucu ubati kerinduan sambut Aidilfitri

BAGI mengubati kerinduan anak-anak dan cucu tidak dapat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri, Saadan Ismail berulang kali menatap gambar anak-anaknya di Kampung Sungai Padang, Simpang Empat, Arau. – FOTO/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Tahun ini merupakan tahun kedua berturut-turut anak-anak serta cucunya tidak dapat pulang menyambut Aidilfitri berikutan larangan rentas nege­ri akibat pandemik Covid-19.

Namun bagi Saadan Ismail, 63, salah satu cara melepaskan kerinduan hanyalah de­ngan menatap gambar-gambar me­reka berulang kali.

Tanpa sedar, air mata bapa kepada empat orang anak itu mengalir terkenang suasana kemeriahan sambutan Aidilfitri sebelum ini apabila dapat berkumpul beramai-ramai meraikan hari lebaran tersebut.

Tiga daripada empat anak serta lima cucunya masing-masing menetap di Kuala Lumpur, Perak dan Kedah.

Seperti tahun lalu, lebaran kali ini hanya disambut dalam suasana serba sederhana bersama isteri, Zabedah Salleh,59, di kediaman mereka di Kampung Sunga Padang, Simpang Empat di sini.

Kata Saadan, tiada persiapan baju raya atau hidangan enak di pagi Syawal kerana sambutannya tidak sama se­perti dahulu.

“Lazimnya pada setiap tahun di hari raya rumah kami akan menyediakan bihun sup. Suasana pada masa itu cukup meriah dengan anak-anak dan cucu memenuhi rumah.

“Tahun ini, memasuki kali kedua kami terpaksa me­nyambut raya tanpa kehadiran anak-anak dan cucu. Malah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac tahun lalu saya hanya dapat berjumpa anak antara satu hingga dua kali sahaja,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Saadan berkata, anak bongsunya yang bekerja sebagai jururawat di Kuala Lumpur juga terpaksa menyambut hari raya berseorangan kerana suaminya bertugas di Kelantan.

Anak ketiga Saadan yang bekerja di Perak sempat melawatnya pada awal puasa lalu kerana pada masa itu dia tidak sihat.

“Kalau dulu, cucu yang tinggal di Kedah selalu datang menjenguk dan tolong ke kedai untuk beli barang keperluan seperti gula, kopi tapi sekarang nak jumpa pun tak dapat sebab larangan rentas negeri.

“Alhamdulillah, anak sulung tinggal di sini tapi kami tak boleh nak bergantung sa­ngat sebab dia pun ada suami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya