Tabung Haji: Urusan kaunter melalui janji temu sahaja

Tabung Haji: Urusan kaunter melalui janji temu sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendeposit akaun Tabung Haji dimaklumkan perlu menempah janji temu terlebih dahulu bagi berurusan di kaunter cawangan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) di seluruh negara berikutan penutupan sementara badan itu bermula hari ini.

Bagaimanapun, urusan dalam janji temu hanya dihadkan untuk tujuan kritikal sahaja seperti pemindahan simpanan, pemindahan telegrafik melebihi had harian dalam talian, pembatalan haji dan tuntutan pusaka atau hibah amanah yang mendesak.

Bagi urusan tersebut, pemegang akaun atau orang ramai boleh menempah tarikh dan waktu janji temu menerusi laman web www.tabunghaji.gov.my. Bagaimanapun, janji temu yang dibuat sebelum 31 Mei adalah terbatal dan orang ramai perlu membuat tempahan baharu.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Eksekutif Operasinya, Mustakim Mohamad yang menggalakkan pelanggan Tabung Haji menggunakan aplikasi THiJari yang menawarkan transaksi dalam talian.

“Sejajar dengan pengumuman Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi melaksanakan Perintah Penutupan Penuh (Total Lockdown), Tabung Haji hari ini memaklumkan ke semua operasi kaunter perkhidmatannya di seluruh negara ditutup sementara.

“Kehadiran di cawangan tanpa membuat janji temu adalah tidak dibenarkan sama sekali. Pendeposit boleh melakukan pindahan simpanan dari mana-mana bank ke dalam akaun Tabung Haji melalui FPX secara masa nyata (real-time) selain boleh membuat arahan pindahan simpanan tetap secara bulanan melalui e-Mandate FPX,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum ini, kerajaan umum mengetatkan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau total lockdown selama dua minggu bermula hari ini hingga 14 Jun berikutan peningkatan mendadak kes harian jangkitan Covid-19.

Sekatan baharu itu bagaimanapun hanya membenarkan 17 sektor ekonomi untuk beroperasi termasuk perkhidmatan perbankan, insurans dan pasaran modal.

Justeru, Mustakim dalam kenyataan sama turut memaklumkan pendeposit dan orang ramai boleh melakukan transaksi di mesin teler automatik (ATM), mesin deposit tunai (CDM) dan perbankan internet di cawangan rakan bank strategiknya.

“Para Pendeposit juga boleh melakukan transaksi empat rakan strategik Tabung Haji iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB Bank. Selain itu juga, pendeposit boleh melakukan pindahan simpanan dari mana-mana bank ke dalam akaun Tabung Haji melalui JomPay di perbankan internet bank masing-masing.

“Tabung Haji ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan kesabaran para pendeposit mengharungi tempoh lockdown ini dalam memastikan usaha kerajaan membendung pandemik Covid-19 dan usaha Tabung Haji dalam memberi perkhidmatan yang terbaik melalui saluran fizikal dan elektronik menjadi realiti,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya