Suspek tidak sanggup tengok kekasih yang dibakar meraung kepanasan -

Suspek tidak sanggup tengok kekasih yang dibakar meraung kepanasan

SUSPEK bakar kekasih (tengah) menangis ketika dibawa oleh polis pada sidang akhbar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang suspek kes bunuh kekasih dengan membakarnya mengaku tidak sanggup melihat mangsa meraung kesakitan dan kepanasan.

Malah suspek cuba untuk memadamkan api itu dengan memeluk mangsa tetapi tidak tahan dengan kepanasan api yang membakar hingga melepaskan pelukan dan melarikan diri.

Peristiwa tragis itu berlaku di Desa Kertajadi, Kecamatan Cidaun, Kabupaten Cianjur, Jawa Barat pada 1 Mei lalu.

Pada sidang akhbar polis, suspek yang dikenali sebagai DB mengaku tidak sanggup melihat mangsa, Indah Diani meraung meminta tolong kerana sangat kepanasan ketika api membakar sekujur tubuhnya.

“Iya saya tak sanggup (tengok) dia cakap ‘panas, panas’. Maka saya peluk, tapi saya kepanasan dan melarikan diri,” kata DB.

DB telah melarikan diri ke kawasan hutan Ciwidey dan tidak keluar dari sana selama lapan hari hingga akhirnya ditahan oleh polis.

Akibat dibakar oleh kekasihnya itu, Indah Daniarti dikhabarkan meninggal dunia setelah lebih seminggu menjalani rawatan intensif di Hospital Bandung.

Berita bahawa Indah Daniarti itu dimuat oleh salah satu akaun media Instagram dengan nama @visitcianjur.

Sebelum itu doktor yang bertanggungjawab merawat Inda, Dr. Almahitta Cintami Putri berkata, mangsa di masukkan ke Hospiatan Bandung setelah dirujuk dari Cianjur.

Mangsa perlu diberikan rawatan intensif kerana 60 peratus badannya terbakar.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya