SINABANG (Acheh): Seorang wanita yang mengandung dua bulan dipukul oleh suaminya gara-gara tidak membenarkan si suami menggunakan telefon untuk bermain game high domino dalam kejadian di Kabupaten Simeulue.
Ketua Polis Simeulue, Muhammad Rizal berkata, ekoran itu mangsa telah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan.
Sementara suaminya telah ditahan untuk diambil keterangan berhubung kejadian itu.
Muhammad Rizal berkata,kejadian kekerasan rumah tangga itu terjadi pada hari Rabu.
“Mangsa dan suspek adalah pasangan suami-isteri. Isterinya sedang hamil dua bulan. Suspek menganiaya isterinya lantaran tidak memberikan telefon ntuk main chip domino,” tambah Muhammad Rizal kepada Tribunenews hari ini..
Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami kecederaan di paha kiri dan kepala.