Sorok 5.2 kg syabu dalam beg sandang kanak-kanak 

Sorok 5.2 kg syabu dalam beg sandang kanak-kanak 

DADAH jenis syabu yang disorokkan di dalam beg sandang kanak-kanak yang dirampas daripada empat individu dalam serbuan di sebuah rumah di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dengan tertangkapnya empat individu termasuk dua wanita dalam serbuan di sebuah rumah di sini kelmarin. 

Dalam serbuan kira-kira pukul 5.30 petang itu, sebanyak 5.2 kilogram (kg) dadah jenis syabu yang disorok di dalam sebuah beg sekolah kanak-kanak dipercayai bagi mengaburi mata pihak berkuasa turut dirampas. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, empat suspek yang ditahan itu masing-masing lelaki berusia 46 dan 51 tahun serta wanita berusia 42 dan 59 tahun yang disyaki ahli sindiket tersebut. 

Tambah beliau, syabu yang bernilai RM204,400 itu dirampas dalam operasi oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang. 

“Turut disita adalah dua buah kereta jenis Perodua Myvi dan Perodua Kenari serta wang tunai RM1,050,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati hanya salah seorang daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau manakala ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka negatif dadah. 

“Sindiket yang didalangi warga tempatan ini disyaki mengedar dadah bagi pasaran sekitar Kepala Batas dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya