Sokong Wan Ahmad Fayhsal tanding di Bagan Serai - Utusan Malaysia

Sokong Wan Ahmad Fayhsal tanding di Bagan Serai

WAN AHMAD FAYHSAL WAN AHMAD KAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Bagan Serai menyokong Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang dikatakan mahu bertanding di Parlimen Bagan Serai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Bersatu Bahagian Bagan Serai, Datuk Abd. Muhaimin Abd. Rahman Nazri berkata, Bersatu bahagian itu tiada masalah menyokong Wan Ahmad Fayhsal sebagai calon parti tersebut.

Kata beliau, sememangnya menjadi harapan penduduk di Bagan Serai mempunyai seorang ahli Parlimen seperti Wan Ahmad Fayhsal yang mempunyai kedudukan dalam parti dan kerajaan sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Abd. Muhaimin mengakui Wan Ahmad Fayhsal kerap turun padang di Bagan Serai bertemu penduduk sejak kebelakangan ini.

“Respon yang diterima setiap kali dia turun padang amat baik, sambutannya cukup baik. Dia mempunyai karisma, ada kelayakan akademik dan agama.

“Sebagai anak muda, dia berpandangan jauh, pemimpin masa depan dan dengan jawatannya yang tinggi dalam parti, tidak mustahil dia dilantik sebagai menteri penuh.

“Dengan jawatannya itu, sudah tentu memberi manfaat kepada penduduk di sini, jadi inilah yang menjadi pengharapan penduduk di sini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengenai dakwaan Ahmad Fayhsal bukan orang tempatan Bagan Serai, Wan Abd. Muhaimin berkata, Ketua Armada Bersatu itu mempunyai pertalian keluarga di Bagan Serai.

Katanya, datuk Wan Ahmad Fayshal adalah anak kelahiran Bagan Serai.

“Dalam politik, tidak timbul isu calon luar. Kalau kita tengok banyak wakil rakyat di kawasan lain pun ramai yang merupakan calon luar namun diterima pengundi,” katanya.

Akhbar ini baru-baru ini melaporkan Wan Ahmad Fayhsal yang sebelum ini dikatakan bertanding di Parlimen Titiwangsa, kini dilihat menunjukkan minat dan cita-citanya untuk bertanding di Parlimen Bagan Serai pula.

Ini berdasarkan kekerapan beliau turun padang di kawasan berkenaan sejak kebelakangan ini menerusi pelbagai program seperti lawatan, ziarah, memberi sumbangan, bertemu penduduk dan peniaga dan menghadiri majlis berbuka puasa bersama jemaah masjid.

Situasi itu sudah tentunya menimbulkan pertanyaan sedangan Wan Ahmad Fayshal merupakan Ketua Bersatu Bahagian Titiwangsa.

Begitupun, difahamkan, setiap kali turun padang di Bagan Serai, Wan Ahmad Fayshal hanya diiringi jentera Armadai, Serikandi dan Ketua Bersatu Bagan Serai namun Ahli Parlimennya dari Bersatu yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali tidak kelihatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya