Skim Harga Maksimum sempena Pesta Kaamatan, Hari Gawai 2021 diumum Isnin ini - Utusan Malaysia

Skim Harga Maksimum sempena Pesta Kaamatan, Hari Gawai 2021 diumum Isnin ini

AZMAN ADAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kejayaan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021 dilanjutkan bagi perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2021 yang disambut tidak lama lagi.

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Azman Adam berkata, ia susulan pematuhan yang tinggi melibatkan 99 peratus di pihak peniaga yang mana barangan harga terkawal dijual mengikut harga maksimum pengeluar, borong dan runcit ditentukan kerajaan.

Katanya, sepanjang pelaksanaan SHMMP HRP2021 yang berakhir 20 Mei lalu, sebanyak 51,138 pemeriksaan dilakukan di seluruh negara dengan sebanyak 454 tindakan undang-undang dikenakan.

“Antaranya, 91 kes menjual melebihi harga maksimum, 186 kes gagal menggunakan tanda harga khas dan 177 kes tiada tanda harga yang melibatkan jumlah nilai sitaan, RM52,897.31 dan kompaun, RM64,050.

“Sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 73 aduan diterima yang mana semuanya telah disiasat dan diambil tindakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman berkata, pihaknya juga mendapati pelaksanaan SHMMP HRP2021 menyaksikan sesetengah barangan harga terkawal dijual pada harga yang lebih rendah dari harga maksimum yang ditetapkan.

Katanya,senario positif ini berlaku kerana persaingan yang sihat selain faktor penawaran dan permintaan yang seimbang di pasaran.

“Maka, dengan kejayaan pelaksanaan SHMMP HRP 2021 telah mendorong KPDNHEP untuk meneruskan pelaksanaan SHMMP untuk perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2021.

“Bagi menjayakannya, satu pengumuman berhubung senarai barangan dan harga maksimum yang ditetapkan akan diumumkan oleh Menteri pada Isnin ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya