Seorang maut, kereta terputus dua dipanah petir di Simpang Empat

[Video] Seorang maut, empat parah kereta bawa mercun meletup dipanah petir

VIDEO dan gambar yang memaparkan kejadian lima buah kereta terbakar di kawasan Simpang Empat, Kampung Sireh, Kota Bharu yang tular dalam media sosial petang ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Umpama terkena serangan bom. Demikian kemusnahan di persimpangan lampu isyarat Lembah Sireh di sini, selepas kereta yang membawa mercun bola dalam kuantiti banyak meletup, dipercayai akibat dipanah petir petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.55 petang, pemandu kenderaan tersebut maut serta-merta di lokasi manakala empat lagi individu termasuk seorang anggota polis cedera parah. Letupan itu juga memusnahkan lima kenderaan.

Lebih mengerikan, mangsa yang terkorban, Wan Hassan Wan Ali, 48, dikatakan tercampak sejauh kira-kira 20 meter dari kenderaan dipandunya dengan bahagian kaki dan tangannya terputus akibat terkena letupan terbabit.

Sementara itu, kereta jenis Proton Saga membawa muatan mercun bola dipandu mangsa bersendirian pula terputus dua sebelum musnah terbakar.

Ketua Polis negeri, Datuk Shafien Mamat berkata, empat mangsa yang parah kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)  di sini dan keadaan mereka setakat ini dilaporkan stabil.

“Siasatan awal mendapati sebuah kereta Proton Saga yang membawa mercun bola dengan kuantiti banyak telah meletup secara tiba-tiba menyebabkan beberapa kereta di sekitarnya turut terbakar.

“Punca sebenar kejadian bagaimanapun masih disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini malam ini.

Shafien bagaimanapun enggan mengulas mengenai dakwaan orang ramai yang melihat kereta membawa muatan mercun terbabit dipanah petir sebelum meletup.

Dalam pada itu, isteri Wan Hassan, Faridah Hussin, 49, yang berada di lokasi turut mengesahkan mayat tersebut sebagai suaminya.

Sementara itu, seorang penduduk, Salmah Awang, 45, berkata, dia yang berada di hadapan rumahnya, kira-kira lebih 400 meter dari persimpangan lampu isyarat terbabit terkejut dengan bunyi dentuman dan gegaran kuat akibat letupan.

Kata suri rumah itu, dia pada mulanya menyangkakan Malaysia diserang pengganas sebagaimana di Palestin.

“Kejadian itu tidak jauh dari sebuah sekolah tadika dan masjid. Kesan letupan menyebabkan pintu dan tingkap kaca masjid serta kedai-kedai berhampiran pecah.

“Asap berkepul-kepul dan beberapa kereta terbakar dengan api menjulang tinggi. Saya tengok mayat lelaki tercampak di atas jalan tetapi tidak berani pergi dekat. Memang ingatkan kita kena serangan pengganas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya