Sekolah Sains Raub dikenal pasti punca penularan kes - Utusan Malaysia

Sekolah Sains Raub dikenal pasti punca penularan kes

SEKOLAH Menengah Sains Tengku Abdullah (Semesta) di Raub, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang mengenal pasti terdapat penularan kes Covid-19 yang berpunca di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (Semesta) Raub, di sini.

Jawatan kuasa berkenaan dalam kenyataannya meminta kesemua pelajar dan kakitangan Semesta Raub serta ahli keluarga mereka tampil menjalani ujian saringan Covid-19 secepat mungkin.

“Sehubungan itu, diminta agar individu terlibat menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk temujanji bagi ujian saringan dan menjalani kuarantin kendiri di rumah sementara menunggu saringan.

“Kerjasama anda sangat diperlukan demi keselematan warga negeri Pahang,” kata kenyataan itu hari ini.

Semesta atau dikenali Sekolah Sains Raub adalah sebuah sekolah kluster kecemerlangan berasrama penuh terletak di Raub yang menempatkan pelajar terpilih dari seluruh negara.

Difahamkan, kesemua pelajar sekolah itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dua minggu lalu iaitu pada 7 Mei sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, Pegawai Daerah Raub, Datuk Mohammad Shahid Ismail berkata, pihaknya telah meminta pihak sekolah dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) agar memaklumkan kepada semua warga sekolah berkenaan.

Katanya, tindakan segera semua pihak terlibat menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) amat penting dalam memamastikan penularan kes Covid-19 dapat dikurangkan.

“Kita meminta semua individu yang ada kaitan dengan sekolah itu termasuk pelajar, guru, ibu bapa dan pekerja supaya dapat melakukan kuarantin diri dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya