Saham Asia menghampiri rali minggu ketiga - Utusan Malaysia

Saham Asia menghampiri rali minggu ketiga

Saham Asia sedikit pulih dari impak Omicron - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Saham Asia menokok lebih tinggi semalam, berkemungkinan melanjutkan rali untuk minggu ketiga sekiranya data pekerjaan di Amerika Syarikat (AS) terus menunjukkan peningkatan pada Mei.

Indeks penanda aras MSCI Asia Pasifik di luar Jepun rali sehingga 2.2 peratus minggu lalu. Indeks Nikkei Jepun mendatar manakala saham Australia menokok 0.2 peratus ke tahap tertinggi terbaharunya.

Pasaran di AS dan United Kingdom (UK) ditutup sempena cuti namun niaga hadapannya terus didagangkan di Asia dengan Nasdaq meningkat 0.2 peratus dan S&P 500 naik 0.1 peratus.

Peristiwa utama minggu ini ialah senarai gaji AS pada Jumaat dengan median jangkaan pada 650,000, namun hasilnya tidak menentu berikutan perolehan lemah 266,000 pada April.

Data pada April itu hampir 750,000 lebih rendah berbanding unjuran, ‘kesilapan’ terbesar dalam sejarah siri tersebut.

Ahli ekonomi NatWest Market, Kevin Cummins berkata, walaupun dengan  kenaikan kira-kira 550,000, jumlah senarai gaji masih 7.7 juta lebih rendah berbanding paras pada Februari 2020.

“Pasaran buruh masih dianggap jauh daripada pemulihan.

“Pada pandangan kami, data tidak dilihat mampu meyakinkan Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell bahawa kemajuan sudah cukup untuk memulakan penirusan,” katanya.

Rizab Persekutuan akan bermesyuarat pada 16 Jun dan minggu ini merupakan peluang terakhir untuk ahlinya membincangkan dasar sebelum tempoh tegah liputan bermula pada 5 Jun.

Setakat ini, pelabur memegang kata-kata Rizab Persekutuan bahawa pasaran buruh perlu meningkat banyak sebelum mencadangkan penirusan.

Ia membantu hasil nota 10 tahun AS berkurang kepada 1.58 peratus Jumaat lalu walaupun data tentang inflasi teras melebihi jangkaan.

Kelemahan prestasi ekonomi AS telah melebarkan defisit dagangan negara itu dan menambah keperluannya terhadap pendanaan asing untuk bajet yang sedia mempunyai kurangan yang besar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya